KEBURUKAN INTERMITTENT FASTING
Tak semua orang sesuai untuk melakukan Intermittent Fasting (IF) walaupun semakin ramai orang mencuba diet IF ini. Jom kita lihat beberapa sudut mengapa IF ini ada keburukannya juga! 1. Diet IF ini tiada meal plan yang tepat dan bersesuaian dengan setiap individu. Bila diet yang tiada meal plan yang tepat dan sesuai mungkin tak akan dapat kesan yang dimahukan dan akan dapat beberapa kesan sampingan yang negatif kerana tidak memenuhi nutrisi yang diperlukan oleh badan. Contohnya pada point seterusnya! 2. Diet IF buatkan badan kurang bertenaga! Mereka yang mengamalkan diet IF juga kebanyakannya terlalu obses untuk kurus dan membuat keputusan untuk makan dengan kuantiti yang sikit. Hasilnya makanan yang dimakan tak mampu memberikan tenaga yang cukup untuk badan. 3. Diet IF buat sakit kepala dan gastrik Mereka yang buat Diet IF yang tiada meal plan kadang-kadang akan mengalami sakit kepala dan gastrik. Tiada aturan makan yang tepat membuatkan mereka yang mengamalkan diet IF ini mudah te