KURUS DENGAN CEPAT?
KURUS DENGAN CEPAT?
2010 vs 2020 |
Senang betul Ommi turunkan berat dan kekal berat ideal walau lepas bersalin.
Tips Kurus dengan cepat? Jom Ommi kongsikan.
Apapun bila nak turunkan berat, pastikan ada target yang kita nak capai.
Mudah sangat semua. Ommi start dengan small things.
Tahap 1: Paling mudah untuk bermula
1. Kurangkan gula dalam makanan dan minuman
Contoh kalau bancuh air kopi atau teh dengan 3 sudu gula, boleh kurangkan jadi 1 sudu gula.
Kalau makan donut coklat 3 biji sekaligus boleh kurangkan jadi sebiji.
Kurangkan membeli makanan-makanan manis.
Cuba untuk kurangkan gula dalam makanan dan minuman sangat membantu untuk kurangkan craving untuk makan macam-macam.
2. Kurangkan pengambilan nasi dan lebihkan sayuran dalam setiap hidangan
Nasi adalah karbo yang mengandungi glukosa @ gula yang tersembunyi.
Dan sebenarnya bila kita lebihkan makan sayur, kita akan lebih cepat kenyang.
3. Kurangkan makan luar
Bukan kedekut untuk tak makan luar tetapi kebiasaannya makanan di luar adalah lebih gula, garam minyak dan of course ada penambah rasa.
Portion makanan di luar juga akan lebih banyak dan kita pun pasti akan makan dengan gembira.
4. Kurangkan fast food
Fast food adalah makanan gaya masa kini untuk lebih cepat untuk dapatkan hidangan makanan yang sedap dan mengenyangkan.
Ayam goreng, kentang goreng yang deep fried ini sangat tidak bagus untuk orang yang nak menurunkan berat. Dan tidak baik untuk kesihatan secara keseluruhannya.
Tahap seterusnya adalah bila tahap 1 kita dah biasa untuk kita jadikan rutin.InsyaAllah diri kita lebih biasa dan mudah untuk ke tahap seterusnya.
Dan ini akan lebih mudah untuk cepat turun berat.
1. No white sugar at all. Fuhh ini mencabar tau, dalam makanan dan minuman.
Pilih makanan yang sihat. Atau guna pilihan gula dari tumbuhan atau madu untuk menukarkan gula putih.
2. Dapat jadikan puasa sunat Isnin Khamis sebagai ibadah yang mudah dan menggembirakan.
3. Intermittent fasting (IF)
Ini memang best, boleh follow di posting
4. Senaman
Senaman yang mudah tetapi memberi impak yang sangat besar kepada penurunan berat.
5. Supplement wisely!
Ini memang the best solution untuk gaya sihat zaman kini. Setiap hari kita perlu untuk melengkapkan nutrions badan kita. Maka supplement yang terbaik mampu membantu badan kita balance dan mampu turun berat dengan efektif.
5. Tidur yang cukup.
Rehat yang cukup juga akan membantu penurunan berat badan.
Turun berat dengan cepat, mudah dan gembira sangat penting untuk minda yang lebih sihat dan positive.
Bila badan sihat dengan berat yang ideal, insyaAllah banyak perkara yang boleh kita lakukan dan kekal sihat dan cergas sampai ke tua.
Ommi juga ada berkongsi NAK KURUS CEPAT untuk anda.
Untuk penerangan yang lebih juga boleh juga teruskan pembacaan ini dengan Kurus dengan cepat dan menyihatkan dalam jangka masa panjang
Semoga bermanfaat buat semua.
Comments
Post a Comment
Thank You!