IBU MENYUSU BOLEH KE BUAT Intermittent Fasting (IF)?

 Betul ke ibu menyusukan anak boleh buat IF ?


Anak pertama and baby Farhi



Baby Farhi tetap berisi walaupun ommi buat IF

Sebelum ommi nak share pengalaman ommi sendiri yang breast feeding baby dan juga buat IF. Ommi kongsikan juga apa itu Intermittent Fasting dan kebaikannya.

IF adalah intermittent fasting. Yang mana ia adalah satu program yang sangat bagus untuk kesihatan kita.

IF ada banyak cara. 

Antaranya 16 jam berpuasa, 8 jam makan. 

Ada jugak 18 jam puasa, 6 jam makan. 

Ada jugak 20 jam puasa, 4 jam makan. 

Ini kalau beginner jangan terus start 16 jam okeh, Ommi suggestkan kalau nak mulakan IF, cuba dahulu 12 jam fasting window & 12 jam eating window.

Puasa kita panggil fasting window. Contoh kalau 12 jam puasa, maksudnya 12 jam tak makan apa apa, hanya boleh minum air kosong, kopi kosong tanpa gula, teh kosong tanpa gula, vitamins Shaklee yang kalori rendah. 

Makanan pun fleksible time eating window, tapi please jaga kalori intake. 

Of course lah kena makan ikut portion kan?

Antara teknik diet saranan KKM

Itu dia, KKM pun amat galakkan kita untuk pilih buat IF. Memang recommanded. Mudah dan tak terseksa sangat pun sebab fasting window ni start hujung petang atau malam sehingga pagi esoknya.

Memang mudah untuk buat IF sebab sepanjang Fasting Window biasanya kita dalam keadaan mood rehat dan tidur. Dan boleh minum air kan. So taklah kena ikat perut tekak semua haha

Persoalannya, eh boleh ke orang menyusukan anak ni buat IF?

Of course lah boleh! sebab kalau bulan Ramadhan berpuasa dari pagi sampai ke petang pun kita boleh tahan dan anak pun menyusu dengan baik kenapa kita tak boleh buat IF kan?

Alhamdulillah, sepanjang Ramadhan mengandung anak ke 3 puasa penuh dan tiada lagi lompong macam mengandung anak pertama. (anak pertama sepanjang mengandung tak consume apa2 kecuali dari KK) Soy protien Shaklee ESP memang sangat membantu.Bertenaga dan tahan kenyang lebih lama. 

Sebenarnya time full breast feeding anak ke 2 saya puasa penuh tau bulan Ramadhan. Memang awesome alhamdulillah  

Anak ke 3 baby hari raya. Dalam pantang tengok orang beraya makan sakan . Alhamdulillah memang cepat berat turun bila saya memang avoid minuman dan makanan manis. 

Tapi habis pantang berat statik! Tak boleh jadi ni! Kena diet. So plan buat IF

Ommi nak buat IF! Tapi menyusukan anak.

Debar tak debar mencuba. Bila cuba hari pertama! 12:12  12 jam window fasting and 12 jam eating fasting. Eh ommi okay! Tak jejas baby menyusu dan ommi dapat pam susu seperti biasa 10oz sekali round. Alhamdulillah. 

Of course Ommi cakap apa tau, memang ringan badan. After 1 week, dapat terus dari 49kg statik berbulan turun 48kg. 

Teruskan habit kurangkan manis, elak makanan tinggi lemak garam dan fast food . Of course tak tinggal Routine Makanan tambahan nutrisi dengan Shaklee.

Now, ommi masih teruskan IF. Dan dapat maintainkan berat masa anak dara 45-46kg sahaja alhamdulillah  

Jom korang nak turunkan berat dengan IF. Jangan mengalah dan buat dengan cara yang betul okeh!

IF bersama Shaklee

Lebih berkeyakinan selepas IF. Longgar untuk saiz S


Nak tahu lebih details tentang IF? boleh teruskan pembacaan dengan link ini Apa itu Intermittent Fasting (IF) dan kelebihannya

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Mobile Spa & Facial dengan Product Youth

TRAVEL DENGAN SHAKLEE

SET PUASA SHAKLEE?