ORANG BERJAYA TAK PUTUS ASA


 Dalam hidup ini, sememangnya tak akan terlepas dengan pelbagai ujian dan cabaran. 

Setiap orang ada jalan cerita yang berbeza. Yang membezakan kita adalah bagaimana kita memandang masalah itu sendiri.

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga. 
 
"MINTALAH KEPADA ALLAH SAMPAI PERKARA REMEH SEKALIPUN."

● Berdoalah kepada Allah, meminta segala sesuatu, dari perkara besar sampai perkara kecil-kecil. Allah Ta’ala berfirman :

ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

● Berdoalah kepadaKu, Aku akan kabulkan doa kalian.
● Sungguh orang-orang yang menyombongkan diri karena enggan beribadah kepada-Ku, akan dimasukkan ke dalam neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” (QS. Ghafir : 60).(hr)

● Dalam sebuah hadits qudsi, Allah Ta’ala berfirman :

يا عبادي ! كلكم جائعٌ إلا من أطعمتُه . فاستطعموني أُطعمكم . يا عبادي ! كلكم عارٍ إلا من كسوتُه . فاستكسوني أكْسُكُم

● "Wahai hamba-Ku, kalian semua kelaparan, kecuali orang yang aku berikan makan.
● Maka mintalah makan kepadaku, niscaya aku akan berikan.
● Wahai hamba-Ku, kalian semua tidak berpakaian, kecuali yang aku berikan pakaian.
● Maka mintalah pakaian kepada-Ku, niscaya akan aku berikan” (HR Muslim No : 2577).

Jangan sesekali berputus asa dengan Allah sebelum meminta dengan sebenar-benarnya dengan Allah. 

Mintalah dengan sesungguhnya kerana Allah tak pernah menolak permintaan dan doa hambaNya melainkan dengan pasti Dia mengabulkan, atau nanti dahulu kerana akan Dia kurniakan tepat pada masanya atau Allah berikan lebih baik dari apa yang kamu minta.

MOTIVASI ORANG BERJAYA DALAM BISNES

Dalam konteks orang berniaga, orang yang berusaha dalam bisnes.Tetap bergantung harap dengan Allah dalam meneruskan usaha. 

Kejayaan dalam Bisnes akan datang sekiranya kita terus fokus, berani dan tak putus asa. 

Seorang jutawan Usahawan Islam pernah berkongsi satu amalan yang beliau tak pernah tinggalkan setiap hari adalah SOLAT TAHAJJUD. Saat yang paling rahsia antara hamba dan Pencipta.

Kata ulama Islam, doa ketika solat tahajjud malam itu ibarat anak panah yang tepat ke sasarannya.


Semoga bermanfaat buat semua insyaAllah.

Sekiranya anda nak juga kata-kata motivasi boleh ke pautan sahabat saya. TIPS KEJAYAAN.

Nak bina kejayaan dengan bisnes Shaklee. Boleh contact Farah ya.

Comments

Popular posts from this blog

PART TIME JOB PALING BEST

Kelas bisnes Home & Mobile Spa BOTG

Pengalaman Mobile Spa & Facial dengan Product Youth